2.5 Juta Jemaah Berhimpun di Masjidil Haram

Nasional75 Dilihat
banner 468x60

Makkah

Lebih 2.5 juta jemaah berhimpun memenuhi saf di Masjidil Haram dan melimpah keluar hingga lebih satu hingga dua kilometer (km), memenuhi hampir segenap ruang kota Makkah.

banner 336x280

Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menunjukkan suasana pada malam ke-27 Ramadan di Makkah (6 April di Malaysia), di mana hampir keseluruhan Tanah Haram dipenuhi jemaah yang menunaikan solat.

Foto yang dikongsikan di laman X Haramain Info berjaya merakamkan detik apabila jemaah memenuhi saf di Masjidil Haram dan melimpah hingga ke luar kawasan masjid.

Jamaah berhimpun di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi pada malam ke-27 Ramadan. – Foto X/Haramain Info

 

 

Jutaan jemaah berhimpun di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi pada malam ke-27 Ramadan. - Foto X/Haramain Info
Jutaan jemaah berhimpun di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi pada malam ke-27 Ramadan. – Foto X/Haramain Info

 

Sementara itu, laman YouTube MiddleEastEye pula melaporkan seramai 2.5 juta jemaah dianggarkan berada di Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya pada malam berkenaan.

Keadaan sama turut dirakamkan di kota Madinah, terutamanya di sekitar Masjid Nabawi, yang menyaksikan limpahan jemaah memenuhi masjid dan perkarangannya, sehingga turut memenuhi kawasan sekitarnya.

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melaporkan seramai lapan juta jemaah menunaikan umrah pada dua minggu pertama Ramadan.

 

Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menunjukkan jemaah memenuhi saf di Masjidil Haram dan melimpah keluar melepasi perkarangan masjid.
Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menunjukkan jemaah memenuhi saf di Masjidil Haram dan melimpah keluar melepasi perkarangan masjid.

 

 

Jalan-jalan di kota Madinah dipenuhi jemaah pada malam ke-27 Ramadan. - Foto AGENSI
Jalan-jalan di kota Madinah dipenuhi jemaah pada malam ke-27 Ramadan. – Foto AGENSI

 

Sebagai langkah mengatasi kesesakan di Masjidil Haram, Kerajaan Arab Saudi juga memaklumkan jemaah hanya dibenarkan untuk melakukan ibadah umrah hanya sekali sahaja sepanjang Ramadan ini.

Ia juga bagi memastikan semua jemaah mempunyai peluang untuk menunaikan ibadah berkenaan sepanjang berada di Tanah Haram. – AGENSI

 

Jutaan jemaah berhimpun di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi pada malam ke-27 Ramadan. - Foto X/Haramain Info
Jutaan jemaah berhimpun di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi pada malam ke-27 Ramadan. – Foto X/Haramain Info
banner 336x280

KOMENTAR ANDA

Situs ini menggunakan Akismet untuk mengurangi spam. Pelajari bagaimana data komentar Anda diproses.